Friday, May 20, 2011

webbie with my BFF :)

best sangat bila dapat webbie dengan my girls yang dah lama terpisah. sedih mmg sedih tp bila dah dapat webbie, sejuk sikit hati. hehe. rindu sangat dengan zatish,najiha,teha and farisha. kalau lah biela ni mcm doraemon boleh balik ke masa lampau. hahaha. tp biela bukan doraemon tp biela hamsterrrr yg comel lagi cantik! *perasan jap* hahahahha. so, bila dah webbie tuh, mesti lah snap2 gambar kan. dekat bawah ni biela ada masokkan beberapa gambar favourite biela. hehe. xoxo!
xoxo : guys, i really hope that our relationship akan kekal hingga ke akhir hayat. i love u guys so much. without u guys, siapalah nurnabilla ni.hehhe. harap2 kita dapat lepak macam dekat Alamanda dulu. boleh lah lepas rindu, ambik gambar live. hehhe. thats all from me, i miss u guys so much :'( bye. muuahhhh! xoxo

Thursday, December 23, 2010

Wahai orang kampung sekalian.

to : bro bro sekalian, xis2 sekalian.

orang orang kampung sekalian! saya Nurnabilla bt Jasmi sebagai ketua kampung Jengka, ingin membuat pemgemuman bahawa, saya akan berangkat ke Kuala Lumpur hari sabtu ni. Setibanya saya di Kayyel, saya ingin membuat perjumpaan tergempak. banyak benda yang harus dibincangkan. Dengan ini, sy berharap anda semua dapat lah datang ye. Ingin lebih lanjut, taiplah ON NABILLA ke 0174025..... tuttt tuttt *no yang anda dail tidak ada dlm perkhidmatan. hahahaha. wehh! baca lagi. hahaha.


Lokasi : tak tahu. *sila bincang dan bagitahu.
Masa : 12:00 PM
Hari : Isnin. *ikot korng.haha.

xoxo biecomel.



Monday, December 20, 2010

My bodyguard :D :D

Amir Rabbani :)


Oh banni ngeng ni abg bie. haha. banyak lagi abg bie. dia ni selalu jaga bie. bie selalu cita dkt dia pasal bie. dia pon selalu lah cite psl dia dkt bie. kiranya bnyk lah benda dia cita dkt bie. hehe. dia ni mmber baik bie dari sem 2 lagi. ktorng start rapat time sem 2, smpailah skrng. hehe. amirr nii dulu penah la bt intersesi dengan bie dkt Shah alam pastu last2 bie dngn amir ni kena kick. hahhaa. bengong tol. masing2 sedih gila lah. pastu dok luah perasaan masing2 dkt I-City. haha. bengong tol. hahahha. pastu time dekat Jengka, bie dgn amir ni xselalu bersama sgt seb bie dngn dia lain kelas. dulu lah masa sem 2, berkepittt ja. hahha. Amirrr, bie syg amirrr ohh! jgn la pegi dari bie. amir baik sgtt. masa birthday bie, amir dngn amir naim bagi kasut favorite bie. bie terharu sgt2 ohh. sedih pon ada. seb benda yg bie nak, bie dapat. hehe. Thanks dkt awin juga. hhehe. i <3 u amirrr!

Azraf Copacabana :)


Copa ni dulu mmber rapat amirr, pastu masa sem 2, bie,copa n amir nii satu kelas. pastu ktorng 3 orng jadi rapat. pegi mana pon 3 orng. hehe. dorng lah yg teman bie time bie sorng2 dulu. hehe. mami ckp, kalau copa dngn amir pg mana2 ja, mesti ada bie. tak boleh berpisah ktorng nii. ehhe. die mmg agak belagak sikit tp itulah dia. Bak kata pepatah, "Just be yourself" pfftt! hahaha. tp copa ni baik orngnya. kalau xkenal tuh, xyah la judge dia ke apa ye. haha. bie dngn copa ni selalu gak bergadoh. aku geram betol dngn mamat bengong nii. hahha. satu hari xgadoh xboleh. mesti ada ja benda nak kata dkt dia. hahaa. padan muka kauu! hahah. dulu masa dkt Jengka, bie ada nangesh seb result test, tp dia lah yg pujuk bie. even pujuk rayu dia agak menyakitkan atie bie tp bie terima je. hehe. Thanks bro. sangat berguna untuk sy nii. hehe. pastu die ckp, kalau dapat 3 pointer, dia nak bagi hadiah. haih. hahha. betol ke copa? hahha. kalau korng nak tahu, copa ni kecil ja. xtinggi mana pon aih. pastu perasan tingii! hahahha. blah la kau! hahaha. Copa, aku syg kau sgt2 wehh! tnpa kau, siapalah aku. cheh! tuii! hahhhaa. sayang sama lu bro ! <3 <3 <3

Mohd Faiz :)



Faiz or beer. tp bie xpanggil dia beer. jaranglah. hehe. bie lebih suka pnggil faiz. hehe. sweet kan bie?hahhahhahaha. Faiz ni big bro ktorng. dia ni caring,baik. semua lah ada dengan dia. pastukan, dia ni garanggg. pastu very understanding la. sgt syg akan adik2 perempuan dia. Caring gila lah. mmg selesa kalau lepak dengan dia ni. dah la bnyk cakap. apa yg dia ckp pon xtahu la. hahhahaa. *sorry bro. hahha. adik2 perempuan dia ni, klaau ada masalah selalu cari dia. cerita dkt dia. hehe. baik sgt :) kalau nak bt suami pon boleh nii kalau sape nak. hahaha. dulu masa bie kena tinggal dua orng dngn minmin dkt jengka, dia lah yg teman ktorng. bwk pegi overnight. hahha. best gila! hahaha. masa dkt jengka, klau nk pg mana dia mesti ada. seb dia ni abg ktorng so dia lah yg menjaga ktorng. hehe. abg sorng, jaga adik smpai 6 orng. hhahha. boleh buat no. hahaha. dia ni suka buli bie. mentang2 lah bie kecil. senang cerita, abg2 bie mmg suka buli bie lah. copa la,amir,paan tuh. haih. geram betol aku. hahahha. Bro, bie syg sama lu sgt! tanpa bro, siapalah sy nii. hanya insan biasa. hahha. i love u bro ! :D :D

Muhammad Farhan :)


Paan nii, mulut dia mengalahkan apa lagii ! bengong dia ni! hahhaa. tp dia ni sangat caring oh. dia selalu kutuk bie. jahat tol. hahaha. tp its okay. adat berkawan. biasalah. kadang2 benda tuh la yg bt kita lagi rapat. hhehe. haaa, dia nii ! hahaha. kurang ajar tol. dia hadiahkan bie Shaver! bengong tol ! dia suruh bie shave misai bie. hahahhaa. tp bie guna wehh ! bt shave bulu kaki. hahahhaha. stylo an an ? hhahha. Paan ni sangat keras kepala. haa. garang gila dia nii. sapa kena dngn dia, mmg balik rumah nangesh ah. hahah. dia ni, kalau dia ckp dia nk bt, dia bt. Berpendirian tetap. bagus an. hehe. garang2 dia pon, dlm hati ada taman! hahahha. opss. ok ok habis. Bro ! gua syg lu bro! bye! *takot.hahhahaha.

Amir Naim :)



Amir naim! hehe. dia ni kwn satu kg bie ni. haha. kg dia dekat perlis. dekatlah dengan rumah bie. kalau dia turun perlis, selalu gak lah contact bie. tp bie xkeluar sgt. so susah lah. hehe. dia penah mnx tolong bie teman dia pg carikan dia bungan untuk gf dia. gf dia merajuk. hahha. so kenalah pujuk. sweet gila dia ni. sanggup turun dari perak ke perlis seb nak pujuk gf dia. hehhe. bertuah diana :) amirrr ni masok air sikit. haha. suka bt lawak. haha. perangai dia nii sgt keabangkan. dia bnyk bagi nasihat dkt ktorng. mmg selesalah dngn dia ni. dia selalu cerita pasal dia msa kecillah. mcm2 lah. hehhe. best gila lepak dngn dia. hehe. dia selalu buli adik2 dia. tmbh2 awin. dia ckp awin wife dia. hahahaha. bengong tol. siap ckp abang2 lah. geli aku! hahhaha. awin pon layanlah. kesian awin. hahah. best betol dia ni. dia baik,caring... bnyk lagi lah. xtahu nk ckp apa lagi. hehe. papa pon. amirr! bie syg amirr! Semoga berbahagia ye dngn Diana! hehe. sweet betol dorng tuh. hehhe.

Saturday, December 11, 2010

Congratulation Brother :)

OHHH ! dah lama kan mamat ni konvo. lama tuh tak lama sangat lah. dalam last week. bie dengan family p terengganu. hehe. Berkonvo sambil bercuti. Bak kata pepatah melayu,"sambil menyelam minum air" haahaha. kami menginap di Resort apa ntah dekat dungun tuh. serious god like gila resort tuh. haha. pastu dapatlah pusing2 dekat K.terengganu tuh. bestt lah! dapat bercuti dengan family kan. mestilah best. hehe. ohh. dekat bawah ni, bie ada masokkan gambar abg bie konvo dan gambar2 bercuti.bie masokkan sikit ja, selebihnya tengok dekat FACEBOOK k? hehe. btw, congrats bro! :D bye! :D





Oh my girls :)

Zatish azlinda :)



OH mami <3, bie panggil dia mami seb cara dia layan bie mcm mami. hehe. shes kind,sweet,hot,humble :) mami sy ni terpisah dengan bie dari last sem. dia kena pindah ke UiTM K.Pilah seb dia budak business management. huhu. mami, 2 sem kita bersama, bie rasa mcm dah lama bie kenal mami. bie sayang mami sangat2. rindu tuh tetap lah, sangat2. :(( mamii, bie terharu sangat bila mami datang time surprise party bie, bie rasa mcm nak amik mami, letak dlm beg. hahhaha.mamii, bie syg mami sgt2. xda sapa dpt ganti tempat mami di hati bie :) i love u so much! muah muah! :D

Najiha Nasri :)



Rawrrr, cantik kan? hehe. ni lah kembar bie masa dekat alamanda.hehe. pegi mana pon berdua. awh, sweet kan ktorng.PFFTT :P hahaha. bie syg jiha ni sangat2. dulu ktorng penah buat intersesi sekali, last2 bie kena kick dari intersesi. tuh lah last time ktorng jumpa and dapat spend time bersama. bie rindu dia sangat. bie dengan dia pon terpaksa berpisah. dia ikot mamiii.T_T huhu. bie ingat lagi, dulu masa first2 jumpa jiha, ktorng jumpa dekat Lift Alamanda. hehe. bie tegur dia, tnya dia bilik mana. tngk2 rumah sekali cuma lain bilik. hehe. najiha ni agak cerewet sikit tp biarlah. tuh dh mmg dia. jiha ni comel,sweet,cantik :) awh. hehe. sapa dapat dia, mmg untung gilalah. dah la lawa. hehe. jiha ni tengah single ni, so apa lagii. isi borang cepat! PFFTT! mmg xdapat lah. berdepan dengan bie dulu. dia ni GF bie ok. haha. bkn les ok. haha. jihaaa! bie sayang jiha sangat2! rinduu pon :(( nak jihaaa. syg! jangan lupa k janji kita nak turun kl natii. jgn tak jadi pulak. kte candle light dinner lagi. haha. ohh, bie dengan jiha ni penah candle light dinner sama2. makan dekat Kenny rogers. haha. sweet gila! :D :D i love u syg! :D :D

Teha Yusof :)



Kakak bie yang cantik, manis! hehe. dia housemate bie dkt alamanda and roommates bie dekat Jengka. senang cita, ktorng nie x boleh terpisah lah. haha. nati duk rumah sewa pon dengan dia jugak. hehe. teha ni si tinggi kurus cantik! haaa. lawaa. dia ni Hotstuff UiTM Jengka. pegi mana pon mesti ada yg nak kenal dengan dia. haha. tp dia ni susah la nak dapat. sorry dudes! mcm biasa, kena jumpa bie jugak. hahha. bengong tol. :p teha nii selalu dengar masalah bie. dia seorng kakak yang caring. kalau bie ada masalah je, bie selalu cerita dekat dia. kalau nk tido je, mesti adalah pillow talk watever tuh. haha. LOL. semua rahsia aku dia tahu lah senang cita! hahaha. rawrrr! Teha, bie sayang teha sangat2. awak snggup datang dari seremban, semata2 nak bt surprise party tuk bie. thanks sgt2 syg. i really appreciate that. that was the best birthday present i ever had. :) without u, i xtahu nk bt mcm mana. haa. lagi satu, dia ni cikgu bie! si dekan tiap sem ni selalu ajar bie. bie selalu tnya dia kalau ada yg bie xtahu. ehhe. muaks! hehe. syg teha! rinduu awak sangat! Jumpa next sem baby! hehe.

Nurul Asyikin :)



Cika nii baik sangat. bie start rapat dengan dia sem ni lah. ktorng satu bilik. hehe. sekali lah dengan teha. hehe. bie dengan dia dh mcm apa ntah, tak boleh berpisah. haha. bie sayang dia sangat. bie pernah bergadoh dengan dia. alaaa. misunderstanding
sikit. ni punca bie lah. bie ni bengong. dia merajuk dengan bie. 1 week jugak lah ktorng tak bercakap. susah tau nk pujuk dia nii. hehe. at last, bie dapat jugak pujuk dia. bie janji bie xkan bt lagi syg. masa dia tak bercakap dengan bie tuh, bie jadi xbetol. asik nangesh je. bie rindu dia. mana boleh tak cakap dengan dia satu hari. dia ni dah la suka happy kan bie. dah la gelak kuat gila. mcm nak pecah kolej tuh. haha. dia ni masok air sikit. hahah. woaa, time bie xcakap dengan dia, tp2 malam bie rindu dia. T_T bie syg dia sangat. dia dapat kolej next sem. huhu. xdapat duk rumah sewa sekali. tp bie harap sgt dia dapat stay dngn bie. satu rumah sewa. hehe. Harap2 la kau xdpt kolej! hahahaha. tak lah. lawak je lah. kalau ade rezeki, dapat lah. kalau xdpt, pintu rumah sewa ktorng sentiasa terbuka untuk awak syg. hahaha. cika, bie syg cika sgt2! muah muah muah! rinddduuuu nak pelok nak golek2!!hahhaa.


Wan Azurin :)



wan azurin or awin nama comel dia. haha. awin ni adik alan. tp dia satu campus dengan bie. alan suruh la bie jaga adik dia. So, awin nie dah mcm adik bie sendiri dah.lagipon, shes 18 and im 19. so terang2 lah bie ni kakak an. haha. bie suka jaga awin ni, dengar cakap. comel je. hehe. kalau tengok gaya dia, mcm dia kakak bie kan tp takk, perangai dia bila dengan bie dh membuktikan yg dia seorng adik. hehe. bie syg dia sangat2. mana bie pegi, bie mesti bawak dia. tak boleh terpisah aku dengan adik aku nii. hehe. awin nie course lain, dia OM. So, kalau nak pegi mana2 pon kenalah make sure dia free dulu. hehe. dalam geng ktorng, dialah yg paling muda. selalu kena kacau dengan Amir kuasa 2. haha. tambah2 si amir naim tuh, abang2 lah. geli ketiak aku dengar. haha. tp si awin ni comel je. dia layan je lah karenah abg2 dia tuh. hehe. maklomlah, dia ni adik bongsu dalam adik beradik ktorng. hahahha. adik bongsu yg di jaga oleh kakaknya nabilla yg comel. hahahha. LOL. Awin, bie syggg awin sgt. hehe. oh ya, awin Dekan sem nie! hehe. Congrats baby. make sure next sem awak kekalkan tau. hehe. sejuk perut bie jaga awin. hahaha. :D :D muaks! bie syg awin. Jumpa next sem! muaks!

Alex Beth Carter or Minmin :)



Min mel ! hehe. tuh nama comel bie dengan minmin. hehe. minmin ni si gangster nii. gangster kecil dengan bie. hahahahaha. tak lah. minmin nie comel, kecil mcm bie *nak ada jugak T_T , dia ni adorable! awh! hehe. baby, i love u so much! hehe. shes the one yg plan birthday party untuk bie. awh, so sweet baby. thank you so so much! hehe. bie prnh di tinggalkan dengan minmin dekat jengka. ada ke pulak, mak dan kakak2 ktorng tinggal ktorng. tp nasib baiklah ada abang2 yg teman. hehe. ktorng pegi overnight, tengok cita TAKERS. sumpah best! haha. bie dngn minmin ni, dua orng pon jadi cerita. tp ktorng xpegilah overnight 2 orng. ada lah abang2 ktorng yg teman bersama adik kecil, awin. hehehe. minmin ni, kdng2 bie pnggil dia doraemon! hehe. bie suka dia ni sgt! comel je ! hehe. minmin satu rumah dengann bie next sem! sukanya! hehe. bie nak satu bilik dengan dia! hahah. pfft! hehe. minmin, bie syg minmin sgt2, rinduu tuh mmg lah. sentiasa rindu awak. T_T rindu nak pegi shopping! hahaha. syggg! next sem, kta buat yg terbaik k. bie teringin nak merasa Dekan. bie dh jnji dengan minmin nak bt yg terbaik next sem. hehe. muaks! syg minmin! <3

Rozana Roseman :)



nana! hehehe. dia mak bie dekat Jengka. sekarang, bie ada mami dengan mak <3. mak nii sangat baikk. suara dia yang lembut bak sutera.pfftt. ye err mak? hahaha. mak ni comel sgt, cantik, bergaya, sopan, santun. OK hbis. hahhaa. mak ni pon cikgu bie. dia lah yg ajar bie. kalau ada yg bie xtahu ja, bie tnya dia. hehe. haa. dh pnggil pon mak, mestilah perangai mcm mak ann. haha. bie dngn minmin penah kena pukul dengan dia seb dlm satu hari tuh, ktorng asik ckp UNTUNGGG je. time nak tido pon ckp, dia pon ada lagiii keluarlah perangai mak dia tuh. pukul ktorng. haahha. comel je mak nii. hahahha. mak ni kan sweet sgt dengan anak2 dia. awh, ktorng lah anak dia. sapa lagii an. hahaha. mak ni pon satu rumah dengan bie next sem! dlu masa dekat kolej, bie selalu lah lepak bilik dia. study group pon dekat bilik dia. hehehe. so, habisss. hehe. mak! bie syg mak sgt2, rinduuu nak pelok! huhu. Jumpa next sem mak! i love u <3


Atyrawwrr Johari :)



Tyrawr senget ni GF copacabanababi. dia nii senget banyak lah. hahaha. senang cita, dia ni laughing gas bie. hahaha. kalau lepak bilik mak je, dia mesti ada. dia satu geng lah dengan ktorng, mana boleh berpisah dengan ktorng. hahaha. shes funny ok! haha. dia nii kalau berceritaaa, sekali dengan tangan,mulut,muka,kaki semua dia nak bercakaplah! ahhaha. lawak oh dia ni. serious. even bila dia nangesh pon, bie dengan minmin selalu gelakkan dia. seb cara dia nangesh ktorng nak gelak.*jahat sial. hahahhaa. tp serious. hahahha. tyra ni baik orngnya. kalau tak kenal, xpayah nak judge dia ok. bie ingat lagi, time tuh dia gadoh dengan copa. the way shes said "copa ego" mmg bt bie dengan minmin gelak gila oh. time tuh dah la dia tengah nangesh. ktorng pegi gelakkan dia. mmg sekali dngn dia terus gelak. ahahaha. bengong tol minah nii. bie panggil dia dengan copa pasangan masok air. mmg masok air pon. hahhaha. Atyra ni pandai, tp dia malas samalah mcm bie.hahaha. last sem ktorng paksa dia study, last sekali Alhamdulillah, shes prove it to copa and dapatlah dekat kau Iphone satu eh yang. hhahha. tyraaa, bie rindduuu tyra sgt! bie syg tyra! hehe. ohh, tyra satu rumah dengan bie jugak! yeay ! hehehe. Jumpa next sem syg! hehhe <3 :)


P/S : girls, even mcm mana pon korng, bie tetap syg korng sampai bila2. even kta gadoh mcm mana pon, bie tetap syg korng! bie rinduu korng sangat! jgn tinggalkan bie. muah muuahh muahhh! sayang korng sangatttt! hehehhe :D :D :D muahs!

Tuesday, June 15, 2010

rahsia solat lima waktu



Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para
sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada
kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.
yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab. ' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata
orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan
oleh Allah ke atas umatmu.' "Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian
dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul
sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila
matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka
berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. '
Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin
yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap
api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta
sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang
berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak
berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan
diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah,
diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan
puasa 30 hari ke atas umatmu?' Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam
memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam
perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas
keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di
waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' Kata
orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan
itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi
daripada berpuasa itu.' Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa
dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan
oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang
Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan
kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.' Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya,
tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
kepada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu
katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha
illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah
Al-Baqarah: ayat 286)

RUMAH KECIL

Dari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil,
maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap
maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah
amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",
supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;


1. Dunia itu racun,
zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

RENUNGKANLAH

Siapakah orang yang sombong

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu
sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan
sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit
pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui
ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2
kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan
ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan
kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di
dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran
itu.

Siapakah orang yang bakhil

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk
membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.


Siapakah orang yang buta

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik
namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua
syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian
itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

PEREMPUAN, ISTERI DAN...POLIGAMI

(1) Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan
auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya
telah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham
bersama, cuma dia dapat saham lebih utama.

(2) Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling
susah mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.

(3) Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak
setia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak
menolong perjuangannya,ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.

(4) Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain
walaupun setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.

(5) Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kita
melalaikan,bencinya pada kita binasa.

(6) Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia
merasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang
besar, jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya
suaminya jadi orang suruhannya.

(7) Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan
isterinyaboleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh
mengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi,
dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat
kepada suaminya di saat suaminya kena uji.

(8) Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan
berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya

(9) Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah dalam
derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah
dalam kebanggaan.

(10) Seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun kalau
isterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuan
yang cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagi
kecuali kalau ia ditekan oleh sesuatu keadaan.

(11) Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atau
ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya,tetapi
kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.

(12) Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti
isteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami
kehilangan isteri dalam masa beristeri.

(13) Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedak
juga oleh kerana manisnya.

(14) Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya
kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar
biasa.Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya
semata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari
haknya, ini perempuan mementingkan diri

(15) Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana
pengantin baru.

(16) Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut
saikologi dia susah hati kehilangan mudanya

Buah Kurma

Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam
keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara
buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan
yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan
protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti
besi, kalsium, sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan
sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma
seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh
Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat
2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara
semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh
adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan
dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa
mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap
tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan
selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan
ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau
tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan
berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu
banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang
diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta
menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik
untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan
vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun
sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang
paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh
untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber
mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi
potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh
atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang
berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot,
sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan
ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan,
sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu
atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan
mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t.
dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun
kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak,
dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika
sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang
dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah
pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon
kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi
Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam
kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk
seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.

Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu
penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk
menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.

Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar
selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti
dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga
dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja.
Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya
makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan
gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

WALLAHUA'LAM

cara-cara tidur dalam islam

Tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan .